Yahudi Ashkenaz, atau
Orang Yahudi Ashkenazi adalah bentuk plural daripada "Ashkenaz" dari bahasa Ibrani (אשׁכנזי) yang bermaksud "
Jerman".Ia bermaksud (Orang Yahudi Jerman), adalah satu etnik
Yahudi yang sudah ada sejak pada zaman Kerajaan Roman. Bahasa tradisi Yahudi Ashkenaz berbentuk banyak dialek-dialek daripada bahasa
Yiddish.Komuniti-komuniti Yahudi Ashkenaz terada terutamanya di
Eropah Timur dan
Eropah Tengah, ia merupakan rantau utama bagi mereka. Mereka banyak didapati di
Israel dan
Amerika Syarikat sekarang.Orang Yahudi Ashkenazi terpengaruhi dengan adat serta budaya kehidupan orang Eropah dan juga mereka dikenali dengan sumbangan mereka dari ilmu falsafah, sastera, musik dan sains membuat mereka memiliki skor IQ tertinggi di dunia. Antara tokoh-tokoh Yahudi Ashkenaz yang dikenali adalah
Albert Einstein, ahli sain terkenal dan juga Sholem Aleichem; yang merupakan seorang pengarang buku dan drama berbahasa
Yiddish, Golda Meir; beliau adalah bekas perdana menteri
Israel yang ke-empat. Kesan pembunuhan
Holokus yang telah dilakukan oleh tentera
Nazi terbunuh lebih kurang 6 juta Yahudi Ashkenazi pada masa
Perang Dunia Kedua membinasai Ashkenazi serta budaya Yiddish mereka dan telah memberi kesan pada hampir semua keluarga
Yahudi.
Ia telah dianggar bahawa pada abad ke-11 Yahudi Ashkenazi terdiri hanya 3% daripada populasi orang
Yahudi sedunia dan pada zaman sekarang terdiri sebanyak 75% daripada poulasi orang
Yahudi sedunia.Di antara etnik-etnik orang
Yahudi selain Ashkenazi adalah Orang Yahudi
Sefardim yang berasal dari
Sefarad, dan juga Orang
Yahudi Mizrah.
Kajian
Genetik tentang Ashkenazi telah dijalankan untuk menentukan berapa banyak keturunan mereka berasal dari Eropah, dan berapa banyak yang berasal dari
Levant atau
Syam. Kajian-kajian ini telah mengkajikan pada kedua-dua keturunan sebelah bapa dan ibu mereka dan mendapati bahawa kebanyakan sumber genetik mereka kembali pada Eropah dan keturunan orang Eropah.
Lihat Juga______________________________________________________________________________________________________________________________